Tuesday, May 15, 2012

Let's talk

Since I don't really know who to express these feelings to and I am really bad at arranging the words before I blurt it out of my mouth, I decide to write.

See, I made a lot of promises to myself. A lot of them, I couldn't keep. Or perhaps I didn't try my best to keep it. I don't know. There's this part of me that want's to blame myself for it. Another part says that I shouldn't since I am the one who did it anyway so why bother punishing myself? I am the victim of these false promises but I too am the one who is responsible for making them.

It bothers me a lot that I am not really centered right now. I know what's right and what's wrong but people kept on deriving this not right nor wrong thing. It gets me confused and all messed up. Suddenly the logic you believe in and held on to so long is said to be untrue or is subject to rejection. Then I'll just went blank and go into this dreamland where I stare at nothingness and think and think and think and think.

A girl from religous school can't possibly do the crime of kissing a man other than his husband right?

WRONG.

Iman is like a piece of clothing Imam Suhaib said which was quoted from Hadith Rasulullah SAW.

So, since Iman is like a piece of clothing, we have got to renew our clothes or we will look like crap. Isn't that right? If we still wore the old worn out one, it will make us look miserable, feel miserable and end up really miserable.

Thus, no matter how fancy we look on the outside or during our past, it doesn't determine who we are today. We may be a graduate from Al-Azhar Mesir but that doesn't make us better. Unless you renew your clothing (read:Iman) , your faith would not be any stronger. That's why there are cases where people look like an excellent slaves of Allah but really isn't. It all comes from the heart.

The Prophet of Mercy, Sayyiduna Muhammad al-Mustafa salla’llahu ‘alayhi wa sallamsaid :
‘Surely there is in the body a small piece of flesh; if it is good, the whole body is good, and if it is corrupted, the whole body is corrupted, and that is surely the heart’.
Related by Imam Bukhārī in his sahih
So, now we know. EVERYONE has to renew their Iman. Thay can't leave it like that for months and years claiming that it is good enough. It will be worn out and we'll end up feeling really miserable.

I for one is trying to push it in myself to realize that life isn't easy out there. There are people who is working day and night just to survive. Simply to have food on their table. And this is reality. People die. You CAN just lose everything in a blink of an eye. It can happen to you too. And most of all, everyone dies. One way or another. You will too. Thus, why are you doing these things that will reserve you a place in hell fire? And the things you did didn't exactly made you feel any better. So why?

Now, comes the part where I explain what's this entry is all about.

I - the writer of this blog realize that my Iman is worn out. And I really NEED to renew it. Refresh. Rejuvenate. Anything that has to do with strengthening my Iman and faith to Allah SWT. But my problem now is.......HOW? I'll write about how to renew your Iman later when I'm done with my research on it. Alright? :)

Ilmu, Amal, Cinta

Aku pernah berkata kepada seorang kawan, bahawa aku sangat hairan melihatkan mereka-mereka yang mempelajari Al-Quran hanyut dengan nafsu dan cinta. Bagaimana mungkin hal itu terjadi? Kalam Allah sungguh hebat kuasanya. Masakan tak terkena walaupun sedikit hebat Al-Quran pada hati mereka?

Dia menjawabku, berkata, Aisyah, kau kena telan realiti dunia. Ini realitinya. Manusia berbeza. Kami belajar agama tapi tidak mengamalkannya. Sehingga tepu jadinya ilmu yang sepatutnya dicinta.

Sampai hari ini aku masih tak mampu terima bahawa wujudnya manusia yang seolah-olah tak punya rasa. Dan terjelepuk aku dalam lembah yang hina. Di mana kemaksiatan menjadi raja dan nafsu berkuasa, aku sedar suatu hakikat.

Paksa atau rela. Itu kuncinya.

Kerana merasakan terpaksa belajar satu-satu perkara, hati tak mahu menerima. Dilihatnya menghafaz satu persatu tapi tak pernah faham. Kau ambil 7 kitab agama sekalipun dan kau baca untuk ke 44 kalinya, kalau hati kau enggan menerima ilmu yang tersirat di setiap bait kata, dan enggan memahami apa yang dimaksudkan dengan ayat yang tersusun rapi, kau tak akan dapat walau secebis apapun melainkan penat lelah semata-mata.

Ingatkah kau di waktu kau membaca satu susun ayat dan terpaksa mengulang sekali lagi kerana tadinya kau tidak benar-benar baca dengan hati tapi semata-mata dengan mata?

Dan tahulah aku akan kenapa aku menjadi semakin jauh dan lalai adalah kerana, aku mengamati ayat-ayat Allah dalam keadaan paksa. Bukan rela. Maka mudahlah untuk syaitan membolak balikkan nafsu aku agar membawa aku ke arah yang akan membinasakan aku seluruhnya.

Semoga Allah menjaga aku dan hati aku selepas ini. Kerana impian aku bukan setakat apa yang dicita-citakan di dunia, tapi sungguh aku katakan, aku benar-benar mengharap dan ingin Syurga Firdausi.

Ingatkanlah aku wahai teman, tentang Allah, dan tentang mati. Semoga akan tersedar daripada pukauan dunia hendaknya.

Betulkan niatmu wahai Aisyah. Biarkan semuanya Lillahi Taala...

Wangi pahala Busuk dosa

Terbaca blog seseorang yang disebutnya andai pahala itu wangi dan dosa itu busuk. Aku terkedu. Andai dosa itu berbau maka pasti tak ada yang mahu dekat dengan aku. Wanginya pahala aku pasti tak mampu melindung busuknya dosa-dosa aku. Busuk... Pasti aku sendiri tak sanggup menahan bau busuk dosa sendiri.

Kita selalu buat dosa sama ada sedar atau tidak. Malah kita berkira-kira untuk bertaubat - bimbang akan diulang lagi apa yang sudah. Menyesal yang cukup sementara. Bila tiba masa digoda, kita rebah sekali lagi.

Andai dizahirkan kepada kita betapa busuknya dosa, pasti kita akan berlumba membuat pahala untuk kembali menjadi kita yang wangi. Walau disuakan berkali-kali, kita asyik lupa, bahawa wangi pahala mampu membasuh busuk dosa. Dan setiap yang kita lakukan dihitung sebenarnya.

Pensyarah aku di sini selalu menyebut kata-kata Saidina Umar Al-Khattab ; Jika kita tak mahu dihisab dengan teruk di akhirat, maka hisablah diri kita sendiri dengan teruk di dunia.

Bukan mudah nak menghisab diri. Bila kau sedang berkira-kira, kau perlu betul-betul jujur dengan diri kau akan betapa hancingnya bau dosa-dosa yang kau dah lakukan. Kau tak boleh ada perasaan untuk mempertahankan diri kau dan berbolak-balik membelit hakikat yang perkara-perkara yang kau dah buat itu adalah salah dan berdosa. Dan kau juga perlu ada perasaan untuk tinggalkan apa yang kau dah lakukan itu. Menyesal dengan sungguh-sungguh menyesal dan taubat dengan sungguh-sungguh taubat.

Paling penting yang kau kena ingat dalam hakikat busuknya kau adalah ; kalaupun dizahirkan busuknya dosa-dosa kau, dan tak ada yang mahu dekat dengan kau dek bau busuk itu, Allah tetap akan setia merindui kau untuk kembali kepada Nya. Allah tetap akan ada untuk kau walaupun kau busuk. Allah tetap akan beri peluang untuk kau jadi wangi semula. Allah itu, sayangnya Dia pada kau lebih daripada sayangnya seorang ibu terhadap anak sendiri. Cuba kau fikir, sanggup tak seorang ibu membiarkan bayinya kelaparan? Sanggupkah seorang ibu membiar bayinya dilukakan? Sanggupkah? Kasih sayang Allah yang MAHA penyayang itu lebih hebat daripada semua itu.

Busuknya kita...masih bergelumang dalam dosa dan kesilapan yang sama. Tidakkah kita mahu menjadi wangi? Tidakkah kita mahu? Maka marilah, kita sama-sama berusaha untuk sabar dalam jihad melawan nafsu dan kembalikan diri kita wangi seperti sahabat-sahabat nabi.

Mustahil anda kata?

Wahai kawan, bukankah Allah melihat pada usaha, bukan kesudahannya? :)

Cantik

Aku perempuan. Ya. Dan tentu sekali, jiwa aku adalah perempuan. Tak faham maksud aku? Kalau sebut perempuan, apa yang terintas dalam bayangan minda, cuba 'rewind' dan 'pause' sekejap lintasan tadi. Apa? Apa yang ada? Apa yang aku nampak dalam otak aku sekarang adalah, yang cantik. Baju yang cantik, perempuan bertudung yang cantik, semua zahir-zahir perhiasan yang cantik-cantik belaka. Antum macam mana?

Apa kena mengena dengan apa yang aku akan cuba sampaikan dalam entri kali ini? Perempuan, cantik dan jiwa aku? Hmm...

Sepertimana majoriti perempuan, aku juga mahu cantik. Bila terlihat baju yang cantik, hati terdetik.
'Eh, cantiknya... Tapi, baju ni tak tutup aurat/ketat. Dan lagi, tak kena bila perempuan macam aku pakai baju macam ini.
ataupun, 
'Eh, baju ni cantiklah, tutup aurat, tapi yang cantiknya pada bahagian atas baju. Bila aku labuhkan tudung, hilang terus manik-manik atau sulaman-sulaman cantik itu dari pandangan. Sama juga macam pakai baju yang tak ada sulaman ni. Haih...'
Ada juga masanya bila tengok kawan-kawan sekeliling pakai selendang atau apa-apa jenis tudung yang berfesyen sekarang hati terdetik, 
'Teringin pula nak mencuba pakai macam yang lain. Tapi aku tak selesa dan tak yakin kesempurnaan menutup aurat dengan gaya tudung macam itu'. 
Pada waktu lain pula terasa, 
'Comelnya dia letak gambar pada blog. Gambar edit lagi, cantik. Teringin pula mahu letak tapi... aku rasa tak selesa. Bukan tak pernah aku buat. Bila dimasukkan, mesti dibuang semula. Rasa tak senang. Rasa...serba salah. Rasa tak sedap. Tapi diorang buat, kenapa aku tak boleh? Aku pun mahu rasa comel, aku pun mahu rasa cantik, aku pun mahu.'...

Perenggan di atas adalah jiwa perempuan aku berkata-kata. Jiwa perempuan aku yang semua perempuan juga ada iaitu; Perasaan PERLU untuk Rasa Cantik atau dalam kata lain, The NEED to Feel Beautiful.

Aku yakin, bukan tak boleh punya keinginan macam ini tapi untuk perempuan macam aku, aku ada rasa tak selesa dan serba salah yang sangat menganggu jiwa aku bilamasa ada usaha untuk aku ikut kata jiwa perempuan itu. Nampak orang lain pakai skirt labuh, rasa teringin. Dah beli skirt labuh, pakai, rasa tak selesa maka tinggallah skirt itu jadi perkasam dalam almari baju putih aku. =,='

Lama juga keinginan untuk rasa cantik ini mempengaruhi keputusan aku kebelakangan ini tapi, hari ini baru aku nampak. Apa niat kau kiranya kau ingin mempamerkan cantik kau di mata umum? Bukankah yang tersimpan dan tersorok dalam itu lebih berharga? Permata dan emas yang indah, semuanya tersorok rapi dalam batu dan perut bumi. Bukan calang-calang orang boleh mendapatkannya.  Dan pula, cantik luaran yang aku cuba kejar tak akan kekal. Cantik zahir itu subjektif di mata semua tapi cantik dalam? Cantik dalam itu yang ada satu definisi dan kekal. Cantik dalam iaitu cantik akhlak.

Aku tak setuju bila seorang kakak usrah aku sebut bahawa perempuan mesti untuk lemah lembut dalam bicara. Macam mana kalau memang hormon testosterone beliau terlebih? Macam mana hendak dipaksa-paksa kelembutan tersebut?

Pada pandangan AKU, akhlak yang baik itu tak semestinya terletak pada kelembutan tutur katanya tetapi pada santun pilihan perkataannya. Rendah nadanya bila berbicara dengan seseorang yang wajar dihormati. Dan sabarnya dalam setiap hal. Seperti kata saudara Aiman Azlan dalam satu syarahan beliau ; Sabar ini ada 3. Sabar dalam dugaan, sabar dalam menghindari dosa, dan sabar dalam istiqamah beribadah.

Contoh sabar menghindari dosa:

X seorang yang kacak. Ramai perempuan ingin kepadanya termasuk seorang wanita yang dia minati dan seperi lelaki biasa, dia juga punya rasa untuk  menyayangi dan disayangi. Peluang terbentang di depan mata, cuma tinggal X untuk membuat keputusan sama ada dia mahu atau tidak kepada perempuan-perempuan yang ingin kepadanya. Tetapi kerana Iman yang tersemat di dalam hati dan akhlak yang telah sebati dengan dirinya, X menolak peluang tersebut kerana ingin mendapatkan wanita dengan cara terhormat iaitu melalui walinya. Meskipun hati dan nafsunya memberontak tetapi X sabar. Sabar mendidik hatinya untuk mujahadah. Inilah sabar menghindari dosa.

Contoh sabar dalam istiqamah beribadah:

Y seorang gadis yang dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan maka dia cuba untuk mempertingkatkan ibadahnya sedikit demi sedikit. Dia bermula dengan bacaan 1 muka Al-Quran setiap hari. Minggu pertama berjalan lancar tetapi apabila masuk minggu kedua, malas mula menyerang nafsunya. Dia menangguh-nangguh bacaan Al-Quran daripada satu waktu hingga waktu yang seterusnya. Menjelang Maghrib baru dia tersedar bahawa dia belum lagi membaca walaupun sepatah daripada Ayat Al-Quran maka dia membaca Al-Quran dan istighfar atas kelalaiannya. Dia melawan rasa malas yang masih bersisa dalam hati dan terus membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak bacaannya. Dia sabar mendidik hatinya utnuk istiqamah. Inilah sabar untuk istiqamah dalam ibadah.

Apakah akan ada yang tidak setuju akan analogi cantik dalam yang aku bawa tadi? Cantik dalam ini, bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam sehari dua. Malah, tidak akan sampai suatu tahap yang kita sudah boleh isytihar diri kita sebagai baik akhlak kerana pembaikan diri itu adalah satu proses seumur hidup. Meskipun begitu, cantik dalam adalah sesuatu yang aku rasa lebih wajar untuk dikejar. Kau tak perlu bazir duit untuk berusaha mencantikkan dalaman diri sepertimana kau perlu berbelanja besar untuk mengejar dan mengekalkan cantik luaran. Cantik dalaman juga bukan sesuatu yang perlu kau pamerkan untuk mendapat pengakuan daripada mata umum. Kau hanya perlu cantik di mata Allah. Dan untuk mendapatkan pasangan kau yang benar-benar sejati, kau tak perlu berusaha untuk jadi lebih cantik daripada dia, atau dia, atau dia. Pasangan yang sejati akan dapat lihat bahawa cantik akhlak yang kau ada, lebih cantik daripada rupawan yang terindah dalam dunia.

Jiwa perempuan aku terubat. Keinginan untuk rasa cantik dan diakui cantik itu lebih daripada sekadar yang zahir. Bukan tidak perlu langsung untuk kita mempercantikkan diri wahai hawa-hawa sekalian. Cantikkanlah diri kamu sekadarnya dan tak perlulah dipamerkan di mata-mata umum kerana bimbang ada perasaan riak iaitu mengharapkan pujian yang akan menguasai dirimu dan akan ada perasaan cemburu atau dengki yang akan menguasai diri orang lain yang melihat dirimu.

Ingatlah bahawa hati itu yang lebih perlu dijaga berbanding wajahmu. Jerawat dan jeragat yang kian lama tumbuh pada hati. Toner dan krim yang kau belai pada wajah, kau lupa untuk belai pada hati. Kau sapu krim malam dan krim siang pada wajahmu tetapi kau lupa untuk sapu Al-ma'thurat pagi dan petang pada hatimu. Kau cuci muka dengan pencuci setiap kali wajahmu kotor tetapi kau lupa untuk cuci hatimu dengan istighfar setiap kali hatimu kotor. Kau sapu ubat krim untuk menghilangkan bintik hitam pada muka tetapi kau lupa untuk sapu ubat amal untuk menghilangkan bintik hitam pada hati.

Ingatlah, bahawa Allah tidak memandang zahirmu tetapi Dia melihat pada dalamanmu. Dan ini juga adalah peringatan untuk aku. :)

Sunday, April 15, 2012

Shed Some Tears

I guess I'm just writing this to give you something to stalk. Hahah. Not that I know who's stalking this blog or even if there are any.

So, I find myself a little egoistic to shed a tear. Especially when I feel that they are not worthy of it. It's a shame - really. You have to suppress whatever it is that you're feeling to keep yourself from crying.

A lot of times, I fail to cry even if I wanted to. I guess, it became part of me. I held myself back thus I am held back by myself forever now. Even so, I can't help myself to feel encouraged when The Prophet SAW said,

narrated by Abou Huraira, may Allah gratifies him, said: the messenger of Allah, peace be upon Him, said: »One who weeps out of fear of Allah, will not enter hell till milk returns back in the udder; and the dust raised on account of fighting in the path of Allah and the smoke of hell will never combine together« [Narrated by At-Tarmathey and edited by Al Albani]

I made dua in English today after making dua in Malay feels too normal and making dua in Arabic felt numb. Then tears started to flow from my eyes, I meant every word I said. I cried and it felt good. The dua was brief but it felt like a lifetime's worth.

I knew that even though I cried during my dua, it doesn't guarantee me a place in Jannah. There's a lot of things I should do and be before I can even think that I will be fit to stand beside the people in Jannah. But one can hope, can't she? And I'd like to hope that someday I will. InsyaAllah.

Point is, cry if you must. Cry especially in front of Allah. Cry and feel the words hug you. Cry and it will make you feel better. For making dua, try any language you must and know that you have to mean what you say otherwise it won't be considered dua. A long beautiful Arabic dua won't do you any good if you don't know what it meant. It won't be good enough if you can't cry from it. Therefore, at any language I suggest, try it until you can mean it. Then I bet you will feel happiness blossom from deep within.

Please do take the moral from my stories. I'd like to benefit from it later on. Hopefully, it can be something that will contribute in my effort to get myself closer to His wonderful heaven. The one with water flowing beneath. :)

Monday, December 19, 2011

Allah itu indah

Terletak indahnya Allah pada setiap aspek. Pada kalamNYA dalam Al-Quran. Pada kekasihNYA Rasulullah SAW. Pada kasih sayangnya yang berpanjangan. Dan pada hikmah dalam setiap suruhan. Aku terpana dan tersenyum sendirian setiap kali mengenangkan betapa baiknya Allah pada aku. Hatiku terharu mengingati betapa Allah sentiasa ada untuk aku.

Aku pernah sedih dengan kesedihan yang belum pernah aku rasakan sebelum ini. Dan siapa yang ada untuk aku? Kawan? Keluarga? Teman lelaki? Tak... Manusia tiada dalam waktu aku keresahan dan sedih keseorangan. Waktu itu, malam yang menyelimuti bumi menjadi saksi tangis aku yang sendiri. Aku peluk Al-Quran mencari kekuatan. Aku buka dan selak muka surat mana yang terjumpa. Aku baca dengan suara yang tersangkut-sangkut. Dan sekelip mata sahaja, hatiku terpujuk. Ya Allah.. Betapa hebatnya kasih sayangMU.

Aku pernah takut dan bimbang di kala ditinggal sendiri dalam hutan yang gelap. Risauku pada banyak perkara. Dan waktu itu, manusia tiada langsung untuk aku. Maka hati aku terus-terusan menyeru Allah agar melindungi aku. Mengenangkan bahawa Allah itu maha kuasa terhadap segala sesuatu, sekelip mata sahaja, hatiku terpujuk. Dan aku yakin, Allah akan menjaga aku dalam setiap langkah. Ternyata benar, Allah mendengar dan Dia ada setiap ketika. Ya Allah... Betapa hebatnya rahmatMU...

Dugaan itu indah. Sebab waktu itulah air mata kita murah. Dan waktu itulah kita ingat pada Allah... Waktu diduga, pastinya hati merindukan Allah yang rahmat dan kasihnya tak pernah surut. Yang sentiasa ada untuk kita.

Kerja cuti kali ini sangat bermakna untuk aku. Kerana apa yang aku lalui di sini, luar daripada kebiasaan aku. Macam-macam perasaan yang aku rasa saban hari. Aku kenal dengan ramai manusia yang pada kebiasaannya tak akan berkawan dengan aku. Dan di sini, ingatan aku terhadap Allah lebih daripada selalu. Aku sedar sungguh-sungguh akan hakikat "Allah sayang kita. Sangat sayang".

Aku jadi terharu bila fikir bahawa semua yang Allah suruh kita lakukan adalah untuk kepentingan diri kita sendiri. Kita saja yang terlalu buta untuk melihat. Tutup aurat, hikmahnya agar kita tidak dibogelkan dengan mata lelaki yang tidak mampu mengawal nafsu. Solat pula, untuk merawat kelesuan diri kita dek seharian bekerja atau melakukan aktiviti-aktiviti yang telah memakan tenaga kita.

Dan saat aku sanggup melafazkan kasih kepada Allah yang selama ini belum pernah aku rasakan pasti dalam hati, Allah kembali menguji. Aku yang baru belajar berdiri, rebah untuk kesekian kalinya. Hati aku resah setip ketika. Tertanya-tanya kenapa begini jadinya. Menung aku menjadi semakin lama. Kemudian hari ini dibukakan lagi mata. Allah mahu kamu kembali merinduinya wahai Aisyah.

Terpegun, aku senyum sendirian. Sungguh. Allah itu maha Indah.

Monday, October 24, 2011

Hijab

Tiba-tiba teringin nak tulis tentang hijab dan fesyen yakni isu sensitif untuk sesetengah perempuan di luar sana. Maafkan sekiranya ada silap di mana-mana. Saya juga manusia yang celanya banyak tak terkira. Dalam entri ini kata ganti nama diri aku akan ditukar kepada saya kerana kita sedang menyentuh hati-hati perempuan yang lembut maka tak mahu pula penggunaan kata ganti nama diri aku membawa bahasa untuk entri ini menjadi kasar yang mana kontra dengan isi yang ingin diketengahkan.


Izinkan saya. :)

Assalamualaikum.

Sebenarnya, apa yang telah membawa diri saya untuk menulis tentang topik ini adalah video daripada seorang muslim iaitu


Sila belek videonya yang lain kerana semuanya sangat hebat dan mesej disampaikan melalui lakonan yang menghiburkan dan santai sangat memberi kesan pada jiwa saya sehingga hati ini digerakkan oleh Allah untuk menulis tentang hijab yakni tudung dan semua yang menutup aurat kita.

Saya sedar melalui video itu bahawa hijab ini bukan sesuatu yang kita patut merasakan leceh kerananya. Imam muda Asyraf berkata pada salah satu sembang santainya bahawa

"sekiranya kita tahu dan anggap bahawa menutup aurat itu adalah satu suruhan Allah kerana Dia sangat sayang kepada kita, maka kita tak akan merasakan leceh untuk menutup aurat"

Ya, saya akui. Susah sedikit apabila setiap kali ingin keluar bahkan ke taman yang sejengkal daripada rumah, aurat perlu ditutup dengan rapi yang mana agak berbeza dengan pakaian kita di dalam rumah. Malah, kalau tak mahu kelihatan selekeh, perlu digosok lagi tudung yang hendak dipakai. Kiranya memakai jubah, maka perlu digosok juga jubah tersebut. Payah kan? Tidak wahai saudariku yang disayangi. Allah sayang kita. Dia tak mahu kita digari dan terikat dengan dunia fesyen. Dia tak mahu kita menjadi mangsa dimamah mata lelaki yang berfikiran kotor. Dia tak mahu kita menjadi mangsa 'peer pressure'. Dia tidak mahu kita menjadi wanita yang lemah dan rendah keyakinannya. Allah sayang kita. Dia mahu kita yakin dengan diri kita sebagai diri kita seadanya - bukan kita yang asyik berlumba-lumba akan siapa yang lebih cantik. Dia mahu kita jadi wanita yang dihormati dan bila dipandang lelaki, malu menutup diri mereka lantas menjaga hati-hati mereka dan hati kita. Dia mahu kita menjadi wanita yang punya harga diri - hanya boleh dimiliki oleh lelaki yang benar-benar layak akan diri ini. Allah sayang kita - lebih daripada sayangnya kita kepada diri sendiri. Kita kena ingat ini. KITA mesti ingat ini.


Saya merasa sedih melihat kekecewaan saudari-saudari yang gagal bersaing dalam dunia fesyen dan kecantikan. Kita tak semua mampu. Sama ada dari segi kewangan mahupun rupa. Semua kita, ada kecantikan sendiri. Ada saudari yang gelap kulitnya, merasa rendah kerana yang cerah itu yang dikatakan sebagai cantik. Ada saudari yang cerah kulitnya, merasa rendah kerana yang sedikit gelap itulah yang dikatakan sebagai cantik. Ada saudari yang tak mampu untuk meningkatkan berat badan, merasakan rendah kerana yang sedikit berisi itulah yang dikatakan sebagai cantik. Ada saudari yang tak mampu untuk mengurangkan berat badan, merasa rendah kerana yang kurus itulah yang dikatakan sebagai cantik.

Yang gelap mahu cerah.

Yang cerah mahu gelap.

Yang kurus mahu berisi.

Yang berisi mahu kurus.

Yang cantik mahu lebih cantik daripada si polan.

Yang tak cantik mahu cantik seperti si polan.

Yang rendah mahu tinggi.

Yang tinggi mahu rendah.

Ya ukhti, sampai bila ini semua akan berakhir?

Islam telah membebaskan kita daripada semua ini. Hijab sepatutnya menghindar kita daripada semua ini. Apa faedah yang kita akan dapat berperangai seperti yang di atas tadi?? Tekanan... Hanya tekanan.

Saudariku sayang, sejak zaman berzaman, wanita dijadikan medium untuk kepuasan nafsu lelaki. Lihat kepada sifat orang zaman Jahiliyyah. Wanita boleh dipas-paskan sesuka hati. Lelaki boleh mengahwini seberapa ramaipun wanita sekaligus. Tetapi Islam telah datang dan membebaskan wanita daripada semua itu. Allah telah meletakkan kita tinggi nilainya. Dan kini, kau mahu kembali berlari ke belakang? Kenapa?

Bila kita memakai hijab dan menutup aurat dengan rapi, pakaian itu semestinya menghijab kita daripada melakukan banyak perkara yang tidak elok. Bahkan untuk bersembangtentang urusan dengan lelaki yang bukan mahram juga kita akan menjadi malu inikan pula duduk minum dan makan dengannya tanpa apa-apa urusan rasmi.

Seorang kakak di tempat saya belajar pernah berkata, apabila kita memakai tudung sahaja, orang ramai sudahpun meletak label Islam pada diri kita maka hendaklah kita berperilaku selayaknya dengan nama agama yang kita bawa. Mahukah kita memjadi punca seseorang memfitnah Islam? Hanya kerana kita tidak kemas, orang lain yang melihat akan berkata, "Oh, orang Islam memang selekeh". Hanya kerana kita yang sedikit baran, orang lain akan melihat dan berkata, "Oh, orang Islam memang baran". Hanya kita, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, nama agama menjadi mangsa. Jujur, saya sendiri bukan sempurna. Dan kamu-kamu pun begitu juga. Tetapi asalkan kita berusaha menjaga nama Islam yang kita bawa, itu sudah cukup baik. Kerana itu, hijab yang kamu pakai itu akan menghindari kamu daripada pelbagai benda. Bila mengenakan hijab, kita akan ingat, "Ya Allah, aku sedang membawa nama Islam. Tak sepatutnya aku membuat itu dan ini".

Hipokrit anda kata? Tanya diri sendiri. Hipokritkah kita apabila apa yang dilakukan adalah untuk cuba membaiki diri? Hipokritkah kita apabila yang kita cari adalah redha Ilahi? Hipokritkah kita bila memakai hijab dan menutup aurat untuk mencari hidayah kurniaan Allah. Saya yakin. Dalam hati setiap perempuan yang belum berhijab ada keinginan untuk berbuat sedemikian. Akan tetapi mata masyarakat yang menjadi timbangan. Nanti apa mereka akan kata? Cantikkah aku? Burukkah aku? Apa soalan yang akan mereka suakan? Takut... Aku tak mampu.

Tidak!

Tegakkan niat dalam hati kamu.

"Wahai aku, aku menyarungkan sehelai kain ini kerana Allah menyuruhku melakukannya. Kerana Allah begitu sayang kepada aku. Maka Tuhan yang membolak balikkan hati manusia ini tentu akan permudahkan aku pada jalan untuk berubah menujuNYA. Aku yakin, tidak ada halangan yang akan menimpa. InsyaAllah"

Lantas, saat kamu menyarungkan hijab itu dan menutup auratmu sepenuhnya. Kamu akan menjadi wanita yang paling bebas dalam dunia. Tiada pandangan sinis yang kamu risaukan. Tiada kritikan keras yang kamu bimbangkan. Kerana kamu percaya, Allah akan menjagamu daripada semua itu. InsyaAllah. Bila Allah kata jadi, maka jadilah.

Tak salah untuk cantik tetapi janganlah berlebih-lebihan dalam hal tersebut. Kerana bila kita berusaha untuk secantik yang mungkin dengan baju yang mahal dan solekan yang hebat, kita akan kecewa apabila tidak dipuji atau ada yang dirasakan lebih cantik daripada kita. Kemudian, timbullah penyakit dalam hati iaitu dengki dan riak. Apakah hal ini sihat untuk diri kita?

Ada juga sesetengah kita yang tidak suka menutup seluruhnya kerana panas. Wahai saudariku yang disayangi, panas itulah yang menyejukkan untuk kita. Bila masa kulit terdedah pada cahaya matahari, tentu akan terbakar kulit itu dan menjadi gelap atau bermasalah seperti ruam dan kemerah-merahan kerananya. Tetapi bila ditutup, terlindunglah kita daripada sinaran cahaya UV yang seringkali dikatakan sebagai punca kanser kulit dan sebagainya.

Masya Allah...besarnya hikmah hijab yang Allah perintahkan kepada kita. Masih lagi kita menutup mata daripada kasih sayang yang Allah tunjukkan kepada kita?

Sekali lagi saya ingin ingatkan. Allah sayang kita lebih daripada kita sayang kepada diri kita sendiri. Bebaskan diri kamu daripada cengkaman palsu dunia. Kembalikan identiti diri kamu. Biar orang melihat kamu dengan personaliti. Dengan akhlak. Bukan dengan pakaian dan rupa. Mari mencantikkan diri, di mata Allah. Kerana apabila Allah menjadi sangat sayang kepada seseorang, maka orang lain juga akan menjadi sayang kepada orang itu.

Sekian.

Friday, October 7, 2011

Box of memories

Found a box beneath my bed. It was full of memories. I packed it inside a box before we moved here so those stuff wouldn't be misplaced and lost. Little did I know, I am very forgetful.

So here I was just now going through the stuff I've placed inside the box. I was shocked really. And embarrassed. Luckily it was the in the past. There are some papers - written on it some really immature and slushy stuff I'd like to forget. I myself felt embarrassed and stupid reading them back. She (read : me) was a VERY VERY VERY immature girl.

Aside from those non-beneficial stuff I've found, I got a hold of some sweet presents too. Cards and stuff. The ones that made me smile was a card written by one of my classmate before I moved here. My dear it was so sweet that I felt guilty for not staying in touch with her. There are also two boxes that previously contain cupcakes. On those boxes are these two small cards with farewell wishes from two different people. It touched my heart - really.

And then I found this book. It's a book I owned when I was in form 1 to write down stuff like homeworks and all. In it, I found quite a number of doodles that my friends drew back then. Reminiscing the past, it surprises me how we're still friends. And I'd like to keep it that way. If possible, I'd like us to strengthen this friendship.

One thing I realized most was that I have changed. Certainly - for the better. And for that, I am glad. Changes as it turns out, doesn't often happen overnight. We gradually become taller one centimeter at a time. Gain weight half a kilo at a time. And become a better person one step at a time. So, here I am writing to remind me and all of you guys who reads this ; don't be disappointed in yourself too much. Give yourself a break. Yes. You will at times repeat the same mistakes. Redo the same sins. But in the end, what matters is that you keep on repenting and stand right back up to repair yourself. It might take you years to do it. But pray for the strength and Allah will give you. For HE is the most loving and most merciful.

Allah has said Himself ;

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

And Rasulullah said ;

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Subhanallah...

Allah is truly The Most Great. The Most Loving. The Most Merciful.

Thus, we should be grateful and don't give up. Strive to become a better person. And remember. You might not change overnight but continuous effort will definitely change you in time. Believe in Allah. He watches us and always wait for us to repent. He loves us more than we could ever love ourselves.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Lastly, these are some pictures of the stuff I found in that memory box. Enjoy.

Card from Manjageeta. :)

Tassha. Remember this? You were 13.

This too.

Ashiqin Turidi. ^^

Natassha. Again. (Kau suka semakkan buku aku kan? Haha.)

Sunday, September 18, 2011

Inspirasiku

Ayah aku bukan seorang graduan yang keluar saja keputusan SPM, dapat tawaran ke Universiti dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan sebagainya. Ayah aku, dia ambil sijil. Kemudian diploma. Dan dia bekerja sambil belajar. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah aku masuk ke Universiti untuk mendapatkan Ijazah. Maka, hidup kami memang tak mewah. Kami jarang berpeluang jumpa ayah. Rumah yang kami diami itu pun syarikat pekerjaan ayah aku yang beri. Alhamdulillah~ Kami ada bumbung untuk berteduh.

Masa berlalu. Tahun demi tahun. Ayah sudah naik pangkat. Dia dipindahkan ke cawangan di petaling jaya. Pada umur aku menganjak 6 tahun, ayah bawa kami pindah ke kawasan tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat kerja ayah. Masa itu sudah lebih berduit barangkali. Kami sudah mampu bayar sewa sendiri. Malah, rumahnya dua tingkat. Kalau dulu cuma satu. Tapi aku ingat lagi, tandasnya buruk sedikit. Tapi kami tak kisah sebab budak-budak mana fikir tentang semua itu. Pernah sekali aku terjumpa cacing pada lantai tandas. Geli tapi mandi juga. Di rumah itu, aku membesar sehingga darjah 3. Aku masih ingat ayah selalu bawa surat yang mengandungi berita gembira mengatakan bahawa dia telah dinaikkan pangkat. Hidup kami bertambah selesa.

Umur aku menganjak 11 tahun, kami pindah ke suatu kawasan perumahan yang lebih dekat lagi dengan pejabat ayah di petaling jaya. Kalau masa aku 5 tahun dulu ayah hanya kerja sebagai pembantu teknik, sekarang, ayah sudah ada pejabat sendiri. Di sini hidup kami bertambah selesa. Tahun demi tahun berlalu, pangkat ayah juga semakin meninggi. Dek kerana asthma, doktor tidak membenarkan ayah bawa motor pergti dan balik daripada kerja. Sejuk. Kalau ayah balik sewaktu hujan, tangan ayah mesti sejuk macam ais bila aku pegang dan salam. Maka ayah beli sebuah kereta saga 2nd hand yang tak seberapa. Sehingga aku tingkatan 5, gaji ayah saban tahun semakin tinggi.

Dah menganjak ke tingkatan 5, kami pindah lagi. Kali ini ke Seremban. Di sini dapat rumah lot tepi. Ada tanah. Harganya hampir sama dengan rumah tengah di Kuala Lumpur, jadi, aku rasa ianya berbaloi. Kalau diikutkan kronologi hidup aku, kita dapat nampak yang ayah aku bermula daripada bawah. Daripada kerja sebagai pembantu teknik sampai dapat jadi pengurus. Orang-orang yang kenal aku sekarang mungkin rasakan aku jenis bandar. Dan semua nampak kami seperti orang yang berduit.

Jujur aku katakan, kami bukan ada rumah banglo atau kereta Ferrari 2 biji. Tapi, untuk usaha ayah aku yang begitu keras, aku menulis entri ini sebagai satu tanda hormat. Kerana aku dapat lihat bagaimana jauh jurang hidup kami yang dulu dengan sekarang.

Masya Allah.

Melalui ayah aku, Allah mengajar aku sesuatu. Dan Alhamdulillah, Allah bantu keluarga kami agar mampu hidup selesa.

Dan tidak lupa untuk aku ingatkan...

'Behind every successful man, there's a woman'.

Maka dua tabik aku hadiahkan. Satu untuk setiap mereka - Umi dan Ayah.

Sesungguhnya semuannya yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah ketentuan Allah.

Marilah kita sama-sama bertahmid syukur kepada Allah. (alhamdulillah)

Dan Ya Allah, ampunkanlah kami sekeluarga di kala terlanjur melakukan dosa.

Dan semoga Kau kurniakan Kami semua cahaya hidayahMU,

Dan temukan kami kembali di dalam Syurga - bersama dan bersatu.

InsyaAllah...

Saturday, September 3, 2011

Cinta Nafsu

Zahrah menanti di tepi jendela. Lelaki kacak yang dinanti saban hari tak kunjung tiba. Hanya rungutan dan kata carut yang setia basah di bibir zahrah.

"Ah, puas sudah aku menunggu. Memang tak akan ada lelaki yang akan mari kepada aku."

Semakin bertambah putaran matahari, semakin membukit jugalah rasa marah dan ragu Zahrah terhadap takdir. Fikirnya, dia sudah menjaga diri daripada mendekati zina. Kenapa masih tiada yang mahu datang melamar?

"Usaha. Aku mesti usaha", monolog Zahrah sendirian.

Maka dicalitnya gincu merah ke bibir dan pemerah pipi sekadarnya. Minyak wangi disembur ke seluruh tubuh. Ditenung wajahnya lama-lama dalam cermin. Tudungnya ditetapkan agar kemas.

"Umph, aku ini comel juga. Tapi kenapa tiada yang hendak? Barangkali benar. Aku perlu usaha.", bisik hati Zahrah.

Lalu dengan perasaan ujub dan riak yang tebal dalam hati, Zahrah keluar daripada rumahnya demi menjaja diri. Kalau-kalau ada yang mahu. Masakan tak ada yang terpikat? Pasti ada sekurang-kurangnya satu yang ingin berkenalan.

Apabila terlihat lelaki tampan, sengaja ditambah lenggok pada jalannya. Pemuda yang berbekalkan iman yang nipis itupun merenung tak berkedip. Pelbagai fikiran yang muncul di mindanya. Lalu ditelan air liurnya dan memberanikan diri melangkah untuk mencuba-cuba nasibnya.

"Err...Cik adik, cik adik hendak ke mana? Tak elok perempuan berjalan seorang diri, bahaya. Jikalau sudi, boleh saya temankan."

"Eh? Saya tak mahu ke mana-mana. Saja mahu berjalan mengambil angin. Emm, boleh juga kiranya mahu meneman. Saya pun sudah mahu pulang."

"Baiklah. Tapi cik adik, saya mahu tanya, siapa nama cik adik?"

"(tersipu-sipu) Nama saya Zahrah. Encik?"

"Azmi. Oh ya, teman lelaki Zahrah tak marah?"

"Eh, saya belum punya teman lelaki"

Azmi pun tersenyum penuh makna. Gadis ini nampaknya senang digoda. Menyerah tanpa banyak cerita. Parasnya pun boleh tahan juga. Dan wangiannya sungguh ketara sehingga mampu menggetarkan jiwa kelelakiannya. Kalau berjaya ditawan, pasti dia berupaya untuk berbangga di hadapan teman-temannya.

Maka mulalah misi Azmi untuk mendapatkan wanita idamannya dan mulalah misi Zahrah untuk mendapatkan suami. Masing-masing tak lekang dengan telefon bimbit di tangan dan keluar berdua setiap hujung minggu sudah menjadi rutin mingguan. Untuk mengenal hati budi katanya.

Daripada hanya berjalan seiringan, kini sudah mula berpegangan tangan. Daripada hanya telefon bertanyakan khabar, kini sudah mula menyatakan cinta dan rindu. Hati masing-masing kegusaran. Kedua-duanya tertanya-tanya, inikah rasanya jatuh cinta? Setiap malam hanya wajah si dia yang menjadi teman. Saban hari, iman dalam hati menjadi semakin nipis. Daripada hanya berpegangan tangan, lengan Azmi sudah intim membelit pinggang Zahrah. Sekelumit rasa malu pun tak wujud dalam hati-hati mereka. Larangan ibu bapa tentang menghampiri zina juga sudah terlalu jauh terbenam dalam sudut kalbu mereka. Terlalu mabuk dengan ilusi cinta. Nafsu bermaharajalela.

Azmi. Seorang lelaki biasa. Apabila terpandang wajah Zahrah dengan bibir yang mungil disaluti merahnya gincu, tak dapat ditahan lagi keinginannya. Zahrah yang menyedari renungan Azmi hanya tersenyum menguatkan lagi keinginan Azmi untuk memuaskan nafsunya. Didekati Zahrah perlahan-lahan seakan-akan meminta kebenaran. Zahrah takut. Tapi dalam rasa bimbang itu, keinginan nafsunya juga tak dapat dinafikan lagi. Masing-masing pun semakin rapat sehingga akhirnya bibir bersentuh bibir. Selanjutnya, tangan pula memulakan misinya sehingga akhirnya, mereka berdua membuat keputusan untuk menyewa hotel murah untuk melampiaskan nafsu dan keinginan yang sedang bergelora.

Dan malam itu pun tercalit dengan dosa. Dosa zina yang hakikat. Dan maruah, dara dan teruna mereka, terhapus tanpa boleh diganti lagi.

Berita tentang perbuatan keji mereka tersebar ke seluruh kampung. Arang telah tercalit pada wajah keluarga mereka berdua. Dan pemuda yang hatinya bertemankan Al-quran, iaitu pemuda yang saban hari melihat Zahrah menanti di jendela dalam perjalanannya ke surau. Seorang pemuda yang sudah lama menyimpan hasrat memperisterikan Zahrah pasrah dengan takdir. Bukan sengaja dilengah-lengahkan hasratnya. Tetapi masih sedang mengumpul wang untuk menyara seorang isteri. Sedangkan kasihnya terhadap Zahrah sudah ada tanpa perlu melihat aurat dan warna terpalit pada wajah Zahrah. Maka redhalah dia kerana sudah terbukti bahawa Zahrah bukan gadis untuknya.

Azmi dan Zahrah masing-masing dipaksa untuk menyegerakan pernikahan agar cerita panas yang menjadi topik hangat perbualan orang kampung dapat diredakan. Pernikahan berlangsung dan malam di mana mereka sah sebagai suami isteri yang sepatutnya manis, terasa pahit. Saban hari hanya pergaduhan yang menemani rumah tangga mereka. Dan air mata selalu menjadi teman malam Zahrah.

Dan syaitan juga pernah berkata dalam surah Al-Anfal ayat 48

............“Aku berlepas diri daripada kamu kerana aku (dapat) melihat apa yang kamu tidak melihat. Sesungguhnya aku takut kepada Allah kerana Allah itu amat pedih seksaan-Nya (seksaan Allah).”

Moral: Di sini dapat kita lihat betapa nafsu dapat perlahan-lahan membawa kita ke arah jalan yang dimahukan syaitan. Sekuat mana kita mencuba menahan diri, kehendak nafsu yang sudah menjadi fitrah manusia sukar dinafikan. Dan lagi, kita tidak harus ragu kepada takdir Allah. Kiranya belum ditemukan dengan jodoh, ada kemungkinan besar kita masih lagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang suami atau isteri. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tak ketahui. Dan sesungguhnya, untuk memperoleh keberkatan perkahwinan, Tuhan pencipta daging-daging dan hati-hati kita serta alam ini dan seluruh isinya perlu didahulukan. Subhanallah. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita berharap. Dan Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

Saturday, August 13, 2011

Aina Antum? Aina Ana?

Sedang kita enak menjamu juadah berbuka puasa yang pelbagai, tidak kurang juga yang membeli belah baju raya. Terperuk di suatu sudut, anak kecil yang menangis. Esakan yang diam dan sendiri. Hatinya bertanya kepada Allah - di mana Umat Islam? Di mana saudara-saudara Islamku? Kenapa tiada yang datang membantu? Kenapa? Kenapa?

Sedang manusia lalai dengan hiburan dunia. Televisyen dan permainan di internet. Tidak kurang juga yang asyik dengan mainan cinta remaja. Terperuk di suatu sudut seorang wanita yang mengesat air matanya menggunakan hujung lengan. Hatinya bertanya kepada Allah - ke mana hilangnya pemuda-pemudi Islam? Ke mana hilangnya kegagahan mereka? Kenapa tiada yang datang membantu? Kenapa? Kenapa?

Di saat ini, ada ukhti dan akhi sedang berbalasan sms. Tersenyum dek kelucuan masing-masing. Hati yang langsung lupa kepada Allah. Hanya ingat kepada kekasih.

Di saat ini ada ukhti dan akhi yang sedang menonton televisyen. Bergelak ketawa tanpa rasa bersalah. Hati yang hanya fokus kepada hiburan. Mata dan minda gagal dijaga.

Di saat ini ada ukhti dan akhi yang sedang seronok melepak. Di kaki-kaki lima mereka duduk beramai-ramai bersama. Berpakaian sekehendaknya. Fikirkan dunia semata-mata. Maruah dan harga diri menjunam nilainya.

Di saat ini ada ukhti dan akhi yang sibuk memasukkan gambar baru ke dalam akaun Facebook masing-masing. Hati pun diam mengharap pujian daripada kawan. Tidak terlintas apakah diredhai Allah perbuatannya.

Sedang di Palestine ada saudara perempuan kita yang dicabuli kehormatannya tanpa belas. Diperbuat sesuka rasa. Dipukul dan dihina sepuasnya. Dan apa yang KITA lakukan untuk merubahnya?

Tiada apa...

Sedang di Palestine ada saudara lelaki kita yang diseksa tanpa kasihan. Dibogelkan dan dimalukan. Dipukul dan dihina sepuasnya. Dan apa yang KITA lakukan untuk merubahnya?

Tiada apa...

Sedang di Palestine ada anak kecil yang diherdik dan dihenyak. Dibelasah dan dipijak. Diheret dan ditembak. Dipukul dan dihina sepuasnya. Dan apa yang KITA lakukan untuk merubahnya?

Tiada apa...

Dan masih lagi kita senang meratah ayam goreng KFC. Dan masih kita senang membeli daripada jenama yang menyalur wang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas kesengsaraan SAUDARA KITA! Dan masih lagi, kita pura-pura tak melihat. Kita butakan mata.

Tak mahu pun kita mengambil tahu perihal kesusahan mereka. Malah diperlekehkan usaha untuk membantu. Seakan-akan dianggap sesuatu yang leceh.

Astaghfirullah al-azim...

Kita pekakkan telinga bila mana mereka menyeru, Aina antum(di mana kamu semua)?

Kita tutup minda daripada berfikir mengenai kebajikan mereka.

Kita kejam.

Dan kita lemah...

Semoga video ini dapat memberi keinsafan dalam diri kita semua.




Tutuplah facebook kamu dan mulalah belajar mengaji.

Tutuplah televisyen kamu dan mulalah mengenal sirah nabi.

Tutuplah radio kamu dan mulalah berjemaah di masjid setiap hari.

Tutuplah novel kamu dan mulalah melangkahkan kaki...

Mari kita berjihad melawan nafsu, agar kekuatan Islam dapat dikembalikan.

Agar Allah masukkan semula rasa GERUN dalam hati orang kafir terhadap orang Islam.

Marilah...

Marilah...

Marilah...

Inna A'malu Binniyaat...

Marilah berjihad mempertahankan kesucian Islam. Lillahi Ta'a'la.

Sunday, July 31, 2011

Bangun daripada jatuhmu.

Wahai kawan,

Di waktu kau sendirian dan kesedihan, ingat ini.

Allah sentiasa ada di sisi.
Allah sentiasa ada di sisi.
Allah sentiasa ada di sisi.

Siapa lagi yang beri kebahagiaan kalau bukan DIA?
Siapa lagi yang beri kecintaan kalau bukan DIA?

Jika satu dunia memalingkan diri daripada engkau, ingat ini.

Allah sentiasa ada di sisi.
Allah sentiasa ada di sisi.
Allah sentiasa ada di sisi.

Allah tak akan biarkan kau sendirian. DIA akan beri juga jalan keluar. Suatu hari nanti. Suatu hari nanti. Tetapi kiranya masih tidak kelihatan kebaikan daripada dugaan. Ingatlah Syurga, dan segala isi di dalamnya. Betapa indahnya hidup di sana.

Tak akan ada yang membenci di SYURGA.
Tak akan ada yang mengecewa di SYURGA.
Dan tak akan ada yang pahit di SYURGA.

Berusahlah untuk ke sana. Berdoalah untuk ke sana. Berjihadlah untuk ke sana.

Mujahadah nafsumu.
Mujahadah nafsumu.
Mujahadah nafsumu.

Dan ingatlah... Allah hanya memberi kau dugaan yang kau mampu tangani. Buktikan dirimu bukan lemah. Buktikan dirimu seorang yang tegar. Buktikan. Kerana orang yang di SYURGA, adalah mereka yang kuat dan hebat-hebat Imannya. Engkau bagaimana?

Buang kesedihanmu, buang kekecewaanmu.

Dan bangun.
Bangun daripada jatuhmu.
Bangun dan terus berlari.
Bangun dan terus berlari.

Aku yakin,
Kau pasti boleh.
Lari kawan, jangan berpaling.
Lari kawan, terus pandang ke depan.
Lari, jangan berhenti. Lari.

Friday, July 29, 2011

What I realized

It strucked me today, that I NEED to blog. Not just for my sake. For other people as well. I find it comforting when reading some blogs that written in it a bunch of enlightening words. Thus, I think, I want to be just that. Someone who can comfort other people and myself as well just by the words I write.

Here goes.

There are some days, you will feel like it is the end of the world. We feel as if we want to curl in the corner of the room and let the world pass by - leaving us alone and untouched. But think again. Do you really think laying on the ground after you fall will do you any good? Do you really feel you will be left untouched and BETTER that way?

WRONG.

Age will come and find you. Sickness will haunt you and you will be no better than a plastic cup lying helpless on the sidewalk.

Whenever you feel down, take a deep breath. Feel the air and remember. How does it feels like when you have a flu? How hard it is to inhale just one deep breath. And today, Allah has pull you out of THAT misery and gave you this thing called health. Be thankful.

Whenever you feel down, take a deep breath. Feel the air and remember. How does it feels like when you had a headache, even a slight headache? How hard it is to simply get up and walk around freely. And today, Allah has pull you out of that misery and you can even run around without the pain inside your head. Be thankful.

Whenever you feel down, take a deep breath. Feel the air and remember. How does it feels like when you were fasting or when you have insufficient money. How hungry or thirsty you were. How you said to yourself, "If only I can drink this, if only I can eat that". And today, Allah has given you food and drinks to your liking. You can eat and drink whenever you want. Be thankful.

We are weak. It is all too easy to give up and let go. It is all too easy to run away from problems instead of sovling them,

Look back into the Seerah. How strong were the Caliphs of Islam. Take Summayyah for instance. Is it that you would rather be in her place instead of yours? Is it that you would rather deal with what she dealt with than yours? How weak we are compared to her. Yet, we all dream to be placed in Jannah(heaven). Think back, if this is what we are - weak and unable to get up from our fall, are we fit to stand beside the strong people who are promised to be placed in heaven in the afterlife. Are we?

Thus, get up and rise. One step at a time is fine. Allah doesn't look at the outcome. He looks at the effort.

Be strong.
Be strong.
Be strong.